Monday, 20 October 2014

Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No.1, Subis

Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No.1, Subis


SK Kelapa Sawit No.1

Lokasi                                                                                                                                                          
SK Kelapa Sawit No.1, Subis merupakan sebuah sekolah rendah ( GRED A ) yang terletak di luar bandar Miri. Kedudukan sekolah 37 kilometer dari bandaraya Miri. Sekolah ini merupakan sekolah harian di bawah penyeliaan Pejabat Pelajaran Daerah Subis. Parlimen bagi kawasan sekolah ini ialah Sibuti manakala Dewan Undangan Negeri pula kawasan Lambir. Sekolah ini terletak di dalam ladang kelapa sawit SOPB Lambir Sdn. Bhd. Pekan terdekat ialah Pekan Bekenu yang terletak 18 kilometer dari sekolah.                                                                                                              

Bangunan                                                                                                                                                                                                                                                        Sekolah ini  dibina pada tahun 1 Januari 1971. Sejarah penubuhan sekolah ini berasal daripada ladang. Keluasan bagi sekolah ini ialah 1.6 ekar.Bangunan sekolah ini mengalami beberapa evolusi daripada bangunan yang serba kekurangan sehinggalah menjadi bangunan yang dilengkapi dengan kemudahan dan infrastruktur. Bangunan sekolah terdiri daripada 1 blok pentadbiran dan 1 blok akademik. Sumber elekrtik adalah daripada pihak Sarawak Energy manakala sumber air  terdiri daripada LAKU, tangki  takungan hujan ( Rain Harvester) dan ehsan Pihak kilang SOPB Lambir. Sekolah ini dilengkapi kemudahan lain seperti kantin sekolah, gelanggang serbaguna, tempat meletak kenderaan dahn tempat menunggu. Bilangan kelas terdiri daripada 2 buah pra sekolah, sebuah kelas bagi setiap Tahun 1 hingga Tahun 6.    

Gelanggang  Serbaguna

Murid-murid
            Murid -murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Iban, Cina, India, Kayan, Kenyah, Melanau, Kedayan dan lain-lain lagi. Majoriti murid-murid yang bersekolah  di sini terdiri daripada kaum Iban. Murid-murid tinggal di kawasan yang berhampiran seperti prumah panjang Tr Johnson, Tr Semuru, Tr Seloi, dan sebagainya. Latar belakang ibu bapa murid berkerja sebagai pengurus ladang, guru, polis, pekerja ladang , buruh petani dan pelaut.
            Sekolah beroperasi dalam satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Kelas bermula pada pukul 7:20 pagi setiap hari dan berakhir pada pukul 1:20 p.m (Isnin- Selasa), 12:50 p.m ( Rabu-Khamis ) dan 11;50 a.m (Jumaat).  Pada waktu petang pelbagai kelas dan perjumpaan diadakan oleh murid-murid seperti Program kelas Bimbingan, Perjumpaan Kokurikulum dan JQAF.             
    
Perhimpunan Sekolah

 

Lawatan Tahun 6 ke BT Rainforest Miri 2012



No comments:

Post a Comment